Remaja parah dihempap ranting kayu semasa keluar dari Gua Rusa
MIRI: Seorang remaja lelaki mengalami kecederaan parah dihempap ranting kayu yang tumbang semasa beliau bersama 15 lagi pelawat yang lain dalam perjalanan keluar dari Gua Rusa menuju ke HQ Park di Taman Negara Mulu pada petang semalam.
Dua lagi mangsa yang merupakan remaja lelaki dan perempuan berusia 11 dan 13 tahun bagaimanapun hanya dilaporkan mengelami kecederaan pada bahagian bahu dan belakang.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, dalam insiden sekitar jam 6 petang itu, Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Maureen Sim Ah Lian menerima panggilan berhubung kes tiga orang pelancong telah dihempap ranting kayu di atas laluan pejalan kaki.
Pasukan bomba kemudiannya membuat panggilan ke HQ Park menggunakan walkie-talkie milik Taman Negara Mulu bagi memohon bantuan.
"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak memberikan rawatan awal buat ketiga-tiga mangsa yang mengalami kecederaan manakala mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa keluar dari kawasan rekreasi berkenaan dengan menggunakan pengusung khas," ujarnya.
Sementara menunggu bantuan sampai pasukan bomba bertindak membuat rawatan awal untuk ketiga-tiga orang mangsa tersebut.
Adalah difahamkan bahawa Seramai tiga orang anggota MOCSAR bergerak ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa ke Park HQ yang mana perjalanan daripada Park HQ ke Lokasi kejadian mengambil masa lebih kurang 20 minit berjalan kaki.
"Sepanjang perjalanan, banyak dahan pokok yang jatuh di atas laluan berjalan kaki dan di sesetengah tempat terdapat banyak pokok tumbang di atas laluan pejalan kaki akibat hujan lebat serta ribut petir yang melanda kawasan terbabit" ujarnya.
Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Mulu untuk menerima rawatan menggunakan pacuan 4 roda milik Taman Negara Mulu.
Ketiga-tiga mangsa kemudiannya dirawat di Klinik Kesihatan Mulu sebagai pesakit luar.
Setelah selesai menjalani rawatan, ketiga-tiga mangsa dihantar ke tempat penginapan masing-masing menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik Taman Negara Mulu.
Seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian belakang di nasihatkan untuk balik ke Miri dan membuat rawatan lanjut di Miri pada pada hari ini.