Bapa maut, 2 anak cedera kereta jatuh gaung
LABUAN -- SEORANG bapa berusia 48 tahun maut dan dua anak perempuannya cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam sebuah gaung di Kampung Layangan, Labuan, Sabah, malam tadi.
Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Abd Rashid Bahari sementara anaknya Nur Aqeesha, 8, dan Nor Izah Batrisyah,10, cedera dalam nahas pada jam 8 malam itu.
Ketua Balai Bomba Layangan Huzyman Malikin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.26 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, bomba mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan kerana kerosakan teruk pada bahagian depannya.
“Kami menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber: Laporan Malaysiapost dan Gambar Ihsan Info Semasa Official.