Zahid Hamidi Tuai Pengabang Rumah Terbuka Gawai Dayak 2023 Kapit

KAPIT, 22 Mei -- Selepas sambutan Hari Gawai Dayak disambut dengan sederhana ekoran pandemik COVID-19 sebelum ini, buat julung kalinya Rumah Terbuka Gawai Dayak 2023 Parlimen Kapit dan DUN Bukit Goram akan diadakan di Dewan Suarah Kapit pada 3 Jun ini.

Lebih menarik lagi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka menjadi tetamu kehormat dalam majlis sambutan tersebut.

Majlis yang bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang itu adalah anjuran oleh Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat dengan kerjasama agensi kerajaan setempat.

“Pelbagai acara disediakan sempena sambutan tersebut termasuklah persembahan kebudayaan dan persembahan artis terkenal tempatan, Ramles Walter serta Phoebe Chleo,” ujar Pegawai Daerah Kapit, Cerisologo Sabut.


Pegawai Daerah Kapit, Cerisologo Sabut ketika mempengerusikan gerak kerja penganjuran rumah terbuka Gawai Dayak 2023

Cerisologo turut memberitahu, penganjur menyasarkan kehadiran seramai 4,000 orang pengunjung dari dalam dan luar Kapit.

“Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran ke Dewan Suarah bagi memeriahkan Sambutan Gawai Dayak 2023, serta mengambil peluang untuk beramah mesra dengan Timbalan Perdana Menteri yang turut hadir ke majlis ini,” ujarnya lagi.

Penganjuran rumah terbuka ini juga dilihat sebagai peluang untuk bermesra dan merapatkan hubungan silaturrahim di antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Sumber: Laporan dan Gambar Ihsan Saufi Omar (JaPen Kapit) 
Next Post Previous Post