Penerbangan terus AirAsia Kuching-Jakarta mulai 15 Jun

KUCHING-- Sebagai sebahagian usahanya untuk merangsang pertumbuhan dan
pemulihan industri pelancongan di rantau Asean, AirAsia Indonesia telah mengumumkan laluan terbarunya yang menghubungkan ibu kota Jakarta (CGK) dengan bandaraya Kuching (KCH), Sarawak bermula 15 Jun 2023.

AirAsia dalam kenyataannya hari ini berkata, tetamu kini boleh merebut tiket promosi dengan harga istimewa serendah RM199 sahaja untuk perjalanan sehala. 

"Tempahan boleh dibuat mulai sekarang melalui aplikasi airasia Super App
serta laman web.

"Promosi ini berlangsung sehingga 14 Mei 2023 untuk perjalanan bermula 15 Jun sehingga 28 Oktober 2023," katanya.

Katanya, laluan terbaru Kuching-Jakarta ini merupakan destinasi antarabangsa kedua oleh AirAsia yang menghubungkan Sarawak dengan negara Asean. 

"AirAsia Malaysia juga menyediakan
perkhidmatan dengan rangkaian terluas antara Singapura dan Sarawak dengan laluan ke Kuching, Miri dan Sibu, selain perkhidmatan domestik dalam negeri Sarawak, ke Semenanjung dan juga Sabah.

"Pengumuman AirAsia Indonesia ini juga melibatkan satu lagi laluan antarabangsa dari Jakarta ke Ho Chi Minh City (SGN) dan satu lagi laluan domestik dari Jakarta ke Labuan Bajo di Nusa Tenggara Timur," ujarnya.
Next Post Previous Post