Pemandu tersepit dalam kemalangan tiga kenderaan di Bintulu, malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak menerima panggilan sekitar jam 9 malam memberitahu media kemalangan berantai melibatkan 1 Lori, 1 pacuan 4x4, dan 1 Perodua Alza.
Seorang pemandu lori warganegara India masih tersepit pada bahagian kaki di tempat duduk pemandu semasa ketibaan pihak Bomba.
Pihak Bomba menggunakan Resque Tools untuk mengeluarkan mangsa, seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans di lokasi untuk menerima rawatan.
Manakala mangsa lain tiada mengalami sebarang kecederaan.
Operasi tamat sepenunhya pada jam 21:32.