Ketua Pemuda PBB tagih janji Uggah
KUCHING: Ketua Pemuda PBB yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh menagih janji peruntukan untuk Projek Ladang Lembu Pedaging Berkelompok yang diusahakan di Kampung Merembeh, Bau.
Katanya, sebelum ini pihaknya telah menjadikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kampung berkenaan sebagai tapak perintis Projek Ladang Lembu Pedaging Berkelompok.
Jelasnya lagi, tanah seluas 60 ekar milik orang kampung itu telah pun dibersihkan dan ditanam dengan rumput ‘napier’ sebagai makanan ternakan lembu.
"Bagaimanapun, pihaknya masih belum mendapat kesemua peruntukan tambahan RM500,000 yang telah diumumkan oleh Mantan Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada tahun 2021.
“Justeru, saya mohon dan berharap agar projek ini dapat diberi perhatian segera demi untuk melihat pengurangan kebergantungan kita dengan daging import,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 hari ini.
Pada masa sama Miro menyarankan agar Kementerian Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) melakukan satu projek pertanian berkelompok di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Tambahnya terutama melibatkan industri ternakan yang diselia sepenuhnya oleh wakil rakyat di kawasan dan Pejabat Pertanian Daerah dengan kawasan ternakan boleh dikenal pasti sendiri oleh Ahli Yang Berhormat.
"Mereka yang dipilih untuk projek tersebut akan diberi kursus, tunjuk ajar, dan juga kemahiran-kemahiran tertentu dalam penjagaan ternakan tersebut.
“Jika projek ini berjaya, tahap kebergantungan kita dengan pengimportan daging ternakan akan dapat kita kurangkan,” ujarnya.
Set timer 9.30 pagi esok. Colour text pagi esok k business suite dpt.
Mana peruntukan tambahan RM500,000 yang telah diumumkan oleh Mantan Menteri Permodenan Pertanian? Tanya Ketua Pemuda PBB