Bot karam di Kapit ,SAR hari kedua remaja hilang belum temui petunjuk.


KAPIT-- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ke dua seorang remaja perempuan yang hilang dalam insiden bot karam berhampiran Jambatan Mujung di sini, hari ini tidak menemukan sebarang petunjuk.

Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Linsa Empih Melin, berumur 17 tahun dikatakan menaiki bot tersebut bersama 13 mangsa lain yang terselamat .

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata,Pada SAR hari kedua itu,Pasukan SAR telah bertolak ke Balai Polis Kapit untuk menhadiri taklimat dan seterusnya bertolak ke lokasi kejadian. Utiliti Toyota Hilux melalui jalan darat dan Bot penyelamat melalui jalan sungai.

"Operasi SAR dijalankan sepanjang 10 Radius dari lokasi kejadian menyusuri Sg.Mujong dan Btg.Balleh.

"Sepanjang operasi dijalankan masih belum menemui mangsa yang hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya setelah berbincang dengan ahli keluarga mangsa bersama PDRM, Operasi SAR telah ditangguhkan pada jam 5 petang kerana cuaca yang gelap dan lewat petang.

Jelasnya,operasi SAR akan disambung keesokan hari.

Semalam Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.37 petang berhubung kejadian itu dan mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci. 

"Dilaporkan terdapat 14 mangsa berada di dalam bot semasa kejadian. 

"Bagaimanapun, 13 mangsa terselamat manakala seorang lagi mangsa masih hilang," katanya.
Next Post Previous Post