2 tahun menatang bagai minyak yang penuh, "wanita" ditinggalkan kekasih

KUCHING-- Kisah sedih seorang "wanita" ditinggalkan kekasih ketika malam sambutan Hari Raya yang tular di media sosial pada awalnya menyentuh hati ramai netizen.

Mana tidaknya "wanita" tersebut sanggup berkorban demi membahagiakan kekasihnya itu yang juga dikatakan seorang idola Viva.

Malah, "wanita" malang itu mengetaui bahawa kekasihnya telah bercerai daj ditinggalkan isteri dan anaknya serta keluarga.

Namun, atas sifat kemanusiaan dan cinta dia sanggup menerima lelaki tersebut dan menjaga kekasihnya itu bagai menatang minyak yang penuh.

Bagaimanapun, setelah dua tahun, "wanita" tersebut ditinggalkan begitu sahaja oleh kekasihnya itu tanpa khabar berita.

Kesedihan "wanita" itu mendapat perhatian netizen sebaik sahaja kisah itu disiarkan di Facebook "wanita" tersebut dengan mendapat lebih 2,700 reaksi.

Malah, hantaran "wanita" itu turut mendapat lebih 6,900 perkongsian dan 5,400 komen daripada netizen.

Keprihatinan dan simpati netizen bagaimanapun bertukar jenaka dan mencuit hati apabila mengetahui "wanita" tersebut sebenarnya lelaki lembut.


Next Post Previous Post