Usahawan muda maut kemalangan kendiri motosikal berkuasa tinggi
BETONG: Anak kepada artis veteran Iban, Datuk Zamry Amera maut dalam kemalangan kendiri yang berlaku di kawasan Simpang paku dekat sini.
Kemalangan yang berlaku sekitar jam 1.50 petang itu menyebabkan mangsa, Desmond Chan yang menunggang motosikal berkuasa tinggi maut d itempat kejadian.
Menurut adiknya, mangsa dalam perjalanan pulang dari Sibu setelah menukar tayar motosikalnya namun terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan nyawa pemilik restoran makanan segera Sharetea Betong itu.
Manakala menerusi satu kenyataan yang lain mangsa merupakan majikan Pusat Memandu Betong turut mengesahkan untuk tiada pengeoperasian sementara Pusat latihan berkenaan.
Kenyataan tersebut menyebut, "Salam semua kami tidak akan beroperasi dalam masa terdekat ini disebabkan kami telah kehilangan bos kami iaitu Encik Desmond Chan. Apa-apa urusan yang melibatkan lesen ataupun ujian praktikal akan dibatalkan".