Warga emas memasang pukat ditemukan mati lemas
KANOWIT: Seorang warga emas lelaki berusia 70 tahun yang turun memasang pukat di Sungai Kanowit sejak tiga hari lepas ditemukan mati lemas pada jarak 2 kilometer dari Pos Kawalan Bomba pada jam 11.26 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan mengesahkan, mangsa yang dikenali sebagai Arim Badok, 70, ditemui terapung oleh pasukan SAR dan penduduk kampung.
Mayat Mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya. 'Dengan penemuan mayat mangsa ini sekaligus menamatkan operasi pencarian pada hari ke-3 ini pada jam 12.20 tengah hari," ujar beliau.
Pada petang Selasa lepas iaitu sekitar jam 6.30 petang, saksi kejadian yang juga rakan mangsa melihat mangsa berpaut pada baldi pada jarak 30 meter, namun gagal menyelamatkan mangsa.
Gambar PGO Sarawak