Wanita maut dalam kemalangan berantai melibatkan 3 kenderaan
SARATOK: Seorang wanita menemui maut selepas terbabit dalam kemalangan berantai yang melibatkan 3 kenderaan di Simpang Roban sekitar jam 7.23 malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, maklumat awal yang diterima mengesahkan mangsa yang meninggal dikenali sebagai Masiha Epin.
"Enam lagi mangsa yang terbabit dalam kemalangan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," ujarnya.
Beliau berkata, kemalangan yang berlaku melibatkan melibatkan 3 buah kenderaan jenis Perodua Bezza, Pajero dan kenderaan 4x4 jenis Toyota Hilux.
Katanya, terdapat seorang mangsa masih berada di dalam kenderaan jenis Perodua Bezza dan Pasukan Bomba bertindak membuka pintu kenderaan di bahagian belakang pemandu untuk mengeluarkan mangsa.
Seterusnya Pasukan EMRS melakukan pemasangan Cervical Collar dan mengangkat mangsa dengan menggunakan spinal board
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Hospital Saratok dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan.
Setelah keadaan terkawal dan selamat Pasukan Bomba lapor bertolak balik ke Balai.
Gambar PGO Sarawak