Wanita alami kecederaan, kereta dipandu terjunam ke dalam gaung

MIRI: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Jalan Simpang Marudi, Jalan Marudi-Miri petang tadi. 

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota BBP Lopeng dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 petang.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat sebuah kereta jenis Perodua Myvi terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 3 meter dari jalan utama," ujarnya.
Mangsa yang merupakan wanita berusia 35 tahun itu bagaimanapun katanya sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba. 

Pasukan Bomba kemudiannya bertindak menggangkat mangsa menggunakan stretcher untuk dipindahkan ke dalam ambulan seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. 

Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, pasukan bomba balik semula ke balai sebelum menamatkan operasi menyelamat pada jam 2.55 petang.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post