Ular sawa 60kg baham dua ekor ayam ditangkap di Kampung Lopeng Tengah
MIRI--Seekor ular sawa batik berukuruan 3 meter panjang sempat menelan dua ekor ayam di dalam sebuah reban milik seorang lelaki di Kampung Lopeng Tengah pagi tadi, sebelum ditangkap anggota Pertahanan Awam Miri (APM).
Namun, reptilia itu kemudiannya bertindak memuntahkan semula ayam tersebut semasa hendak ditangkap.
Menurut jurucakap APM Miri, ular sawa itu ditemui pemilik ayam berusia 53 tahun awal tadi semasa hendak membersihkan reban ayamnya.
Seramai 4 anggota APM Miri telah digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.38 padi tadi.
Tiba dilokasi, ular tersebut dilihat sedang berjuntai di siling atap di dalam reban ayam pengadu.
Anggota APM mengambil masa sekitar 10 minit untuk menangkap ular sawa seberat 60kg itu yang agak agresif ketika ditangkap.