Tegal elak rakan tagih hutang RM450, buat laporan polis palsu disamun

KUCHING-- Takut rakannya menagih hutang wang yang dipinjam, seorang penganggur sanggup membuat laporan polis palsu menjadi mangsa samun.

Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, remaja lelaki berusia 20 tahun itu tampil di Balai Polis Batu Kawa jam 11.07 pagi tadi menyatakan bahawa dia telah disamun pada jam 10.30 malam, Isnin lalu oleh sekumpulan tiga orang suspek lelaki Ketika sampai di Simpang Kampung Sagah Singgai Matang. 

"Salah seorang suspek telah menarik beg sandangnya sehingga menyebabkan terlucut dan terus melarikan diri. Dalam beg sandang dinyatakan terdapat barang berharga seperti kad pengenalan, wang tunai sebanyak RM285 dan juga telefon bimbit milik rakannya Bernama Christopher jenama OPPO.

Susulan itu, Dmdaripada soal siasat tersebut mendapati bahawa laporan polis yang telah dibuat oleh suspek sebenarnya adalah palsu dan hanya direka-reka bagi mengelakkan daripada dirinya membayar hutang rakannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada kejadian samun sebagaimana laporan, laporan yang dibuat suspek adalah palsu dan pegawai BSJD Padawan kemudiannya telah membuat satu aduan polis untuk siasatan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 182 Kanun keseksaan.

"Suspek bertindak demikian kerana telah berhutang dengan kawannya bernama Christopher sebanyak RM450 kerana suspek menyatakan bahawa keluarga dia mempunyai masalah kewangan dan perlukan bantuan daripada rakannya itu. 

"Suspek berjanji akan membayar secara ansuran pembayaran dua kali iaitu pada awal bulan Mac sebanyak RM250 dan juga pertengahan Mac sebanyak RM200," ujarnya.

Katanya, suspek tampil ke balai membuat aduan dengan harapan bahawa rakannya akan mempercayai laporan yang telah dibuat dan akan memberikan peluang dan masa yang lebih lama untuk bayaran balik
pinjaman.
Next Post Previous Post