MBM sedia 570 gerai bazar Ramadan
MIRI— Majlis Bandaraya Miri (MBM) meluluskan 10 tapak pasar Ramadan meliputi 570 gerai jualan di sekitar Miri, sepanjang bulan Ramadan minggu depan.
Lokasi tersebut ialah di Stadium Tertutup Miri membabitkan 158 gerai, tapak parkir New World mart Lutong (35), Medan Saberkas (195), perkarangan Masjid Darul Ridzuan Kem Sri Miri (10), pintu depan Bintang Megamall (10), perkarangan parkir Permy Mall (40), parkir E-Mart Riam Miri, surau Al-Hidayah Tab Cinaq, perkarangan parkir Myy Mall Lutong dan Pusat Komersial Pujut 7 (40).
Sehubungan itu MBM menggesa semua peniaga sentiasa mematuhi aspek kebersihan dalam menyediakan minuman dan makanan.
“Mereka harus mematuhi peraturan mengendalikan barangan jualan termasuk penggunaan peralatan yang ditetapkan oleh MBM.
“Penguatkuasa dari MBM bersama Jabatan Kesihatan Bahagian akan digerakkan untuk memantau tahap kebersihan dan keselamatan makanan,” kata MBM dalam kenyataan hari ini.
MBM turut menegaskan hanya makanan halal boleh dijual di pasar Ramadan.
Gambar hiasan