Kereta mewah terbakar, pemandu selamat

Gambar Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

KUCHING: Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta mewah jenama Mercedes yang dipandunya terbakar berhampiran Tealive The Northbank di kawasan Tabuan Jaya malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Tabuan Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 11.31 malam.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan dua saluran bantu mula dan sumber air yang diperoleh dari tangki jentera bomba, sehingga api berjaya dikawal" ujarnya.

Gambar Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Hasil siasatan awal katanya mendapati semasa kejadian, pemandu kenderaan berjaya keluar dari dengan kereta yang dipandunya itu berjaya keluar sendiri dengan selamat.

Kebakaran yang berlaku katanya turut memusnahkan 100 peratus kereta terbabit.

Gambar Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Setelah memastikan api telah padam sepenuhnya dan keadaan dilokasi selamat, PKO BBP Tabuan Jaya bertolak semula balik ke balai.

"Mujurlah mangsa terselamat dan berjaya menyelamatkan diri keluar dari kereta tanpa mengalami sebarang kecederaan," tambahnya.


Next Post Previous Post