Kecoh kubur dibakar
SIBU— Penduduk di sini gempar selepas mendapati salah sebuah kubur di Tanah Perkuburan Bukit Aup dipecah dan dibakar pagi tadi.
Dalam kejadian itu, anggota bomba dan polis turut bergegas ke lokasi kerana menyangkakan ia perbuatan khianat.
Bagaimanapun, mereka kemudian berasa lega apabila ahli keluarga pemilik kubur tersebut yang datang ke lokasi kira-kira jam 11 pagi memaklumkan kubur tersebut kosong.
Menurutnya, mayat mendiang keluarganya itu sudah dipindahkan ke kawasan lain baru-baru ini.