Gara-gara anjing lintas jalan, kereta terbabas masuk parit
MIRI--Akibat mengelak seekor anjing melintas di Jalan Sealine, Lutong, sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan terbabas masuk ke dalam parit di bahu jalan.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar 10 malam itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan balik ke rumahnya sebelum hilang kawalan lalu terbabas selepas mengelak seekor anjing yang melintas jalan secara tiba-tiba.
Sepasukan anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Miri (APM) telah digerakan ke lokasi sejurus menerima panggilan daripada orang aaam berhubung kejadian pada jam 10.30 malam.
Menurut jurucakap APM Miri, setibanya anggota tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati mengalami sesak nafas dan terseliuh pada bahu kanannya.
Mangsa tekah segera dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.
📸APM Miri