Buaya tersesat ke atas jalan utama ditangkap

SIBU: Orang awam di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya sepanjang 6 kaki yang tersesat dan merangkak di jalan utama hadapan sebuah premis di Sungai Merah pagi tadi.

Ketua BBP Sungai Merah, Mutalif Jaafar dalam kenyataannya berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 11.56 pagi.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba memulakan khidmat khas menangkap buaya berkenaan dengan menggunakan kanvas dan tali," jelas beliau.

Selepas berjaya ditangkap, reptilia berkenaan dibawa ke balai bomba sebelum diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation untuk tindakan lanjut

Setelah selesai operasi menangkap buaya berkenaan, pasukan bomba bertolak balik semula pada jam 12.17 tengah hari.

Gambar BBP Sungai Merah
Next Post Previous Post