Bawa kelengkapan "mengkaran" ikan, lelaki ditahan polis
MIRI, 15 Mac : Seorang lelaki warga tempatan ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri semalam selepas didapati membawa peralatan menangkap ikan dan udang secara haram.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, kesalahanan termaktub di bawah Ordinan Perikanan Darat Sarawak 2003.
"Suspek ditahan anggota polis bersama peralatan menangkap ikan dan udang bernilai RM5,110,"ujarnya.
Antara peralatan yang dirampas adalah sebuah enjin sangkut (kuasa 3.3) jenis Evinrude (RM3,200); perahu Temuai warna kelabu (RM 1,500); (1) Bateri jenis Niko (Nx120-7L) RM 200; (1) Batang buluh yang dililit dengan wayar elektrik dan tangguk (RM 50) ; Udang dan ikan pelbagai jenis lebih kurang 1 Kilogram bernilai Rm80 dan sebuah Power Inverter X120-986000 W ( RM80).
Semua barang rampasan dan tangkapan diserah kepada Perikanan Darat daerah Miri untuk tindakan selanjutnya.