12 penghuni hilang tempat tinggal, rumah didiami musnah terbakar
MUKAH: Seramai 12 penghuni sebuah rumah di Kampung Sungai Alo di Jalan Pantai hilang tempat berteduh selepas rumah yang didiami musnah terbakar
sekitar jam 7.23 malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Mukah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran yang berlaku.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran secara 'offensive' dan 'defensive' dengan menggunakan 1 aliran 200 kaki 2 nozel air dari pili bomba dan pam jentera.
Mujurlah kesemua penghuni rumah tersebut berjaya lari menyelamatkan diri dari kediaman terbabit.
Setelah api dapat dipadamkan sepenuhnya dan tiada berlaku kebakaran berulang maka operasi ditamatkan pada jam 8.57 malam.
Gambar PGO Sarawak