Warga emas terjatuh dalam parit alami kecederaan kepala dan kaki

Gambar PGO Sarawak

KUCHING: Seorang warga emas lelaki berusia 67 tahun mengalami kecederaan di kepala dan kaki selepas terjatuh ke dalam longkang di kawasan BDC, petang tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota BBP Tabuan Jaya bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 3.52 petang.

Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dari longkang dan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kakinya.

"EMRS membuat rawatan awal dengan membalut kecederaan pada kepala dan kaki mangsa," ujarnya. 

Gambar PGO Sarawak

Mangsa mengatakan tidak mahu ke hospital dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya memandangkan mangsa tidak tahu di mana kawasan rumah dan mungkin tersesat.




Next Post Previous Post