Tiga cedera kemalangan lori dan pikap di Bintangor
BINTANGOR--Tiga cedera dalam kemalangan membabitkan lori satu tan dan pikap berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Bintangor petang semalam.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PBK ll Kilok Lampas berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.52 petang
dengan menggerakkan Lima anggota ke lokasi kejadian.
"Pasukan Bomba membuat size up dan mengeluarkan mangsa tanpa menggunakan peralatan khas.
"Dua mangsa lelaki warga emas berusia 71 tahun mengalami kecederaan di bahagian belakang dan cedera di bahagian tangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, seorang lagi mangsa berusia 45 tahun turut cedera di bahagian tangan.
"Setelah mangsa berjaya dikeluarkan terus diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," ujarnya.