Tangan kanak-kanak perempuan tersekat dalam kotak pembesar suara
KOTA KINABALU-- Tangan seorang kanak-kanak perempuan telah tersekat dalam kotak pembesar suara yang berlaku di Taman Kinamaun Lorong Pelanduk di sini petang semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu sekitar jam 3.41 petang.
"Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.
"Mangsa diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Jelasnya, operasi ditamatkan pada jam 4.00 petang.