Rumah runtuh, tiga mangsa terperangkap di Kampung Surabaya

KUCHING: Pasukan bomba mengambil masa selama lima minit bagi mengeluarkan tiga penghuni sebuah rumah yang terperangkap dalam sebuah rumah yang mengalami runtuhan di Kampung Surabaya di sini, awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Petra Jaya dengan bantuan BBP Tabuan Jaya bergegas ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 2.30 pagi.

"Sampai di lokasi yang turut disertai PDRM dan ketua kampung, mereka mendapati kesemua mangsa yang terdiri daripada seorang wanita dan dua lelaki dewasa masih lagi terperangkap dalam kerana kerana tiada jalan keluar disebabkan pintu utama rumah telah runtuh," ujarnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak membantu kesemua penghuninya keluar dari kediaman terbabit dalam tempoh kurang dari lima minit.

Kesemua mangsa katanya berjaya dikeluarkan pada jam 3.20 pagi tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, makan pasukan bomba bertolak balik semula ke balai pada jam 3.35 pagi.

Mujurlah katanya runtuhan yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuninya dapat diselamatkan.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post