Projek perintis bekalan paip gas bawah tanah ke Medan Saberkas Miri dilancar hari ini, fasa kedua menyusul
MIRI--Projek perintis pembekalan paip gas memasak bawah tanah di Medan Saberkas Miri dilancar hari ini, dengan 67 perniaga makanan mendapat manfaat daripada fasa I tersebut.
Manakala, baki sebanyak 46 perniaga lagi bakal menerima manfaat sama di fasa kedua nanti.
Pelancaran hari ini dilakukan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang dalam ucapannya berterima kasih kepada pihak Petroluem Sarawak Berhad (PETROS) yang sudi menyerap kos pemasangan bekalan gas berpaip bawah tanah tersebut di Medan Saberkas Miri.
Projek perintis itu merupakan usahama diantara pihak Majlis Bandaraya Miri bersama PETROS.
Untuk maklumkan, sejak kewujudan Medan Saberkas Miri pada awal tahun 1990-an, ia telah berevolusi dari sebuah tamu terbuka yang amat ringkas hingga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hari ini.
"Medan Saberkas Miri kini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk di Miri, malah pengunjung dari luar negara," ujar Yii.
Turut hadir pada majlia pelancaran itu adalah Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin, Timbalan Kementerian Pelancongan, Seni Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Majang Renggi, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat I (Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak) Datuk Rosey Yunus, Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Yusuf dan Timbalan Datuk Bandar Miri Julaihi Muhamad.