Penyangak ditahan bersama diesel tanpa permit
MIRI -- Seorang pemandu van ditahan Unit Risikan Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri, membawa muatan minyak diesel kira-kira 1,500 liter di dalam tangki yang telah diubah suai.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, nilai keseluruhan rampasan RM 56,025.00.
Ujarnya, suspek berusia 22 tahun itu ditahan semasa Ops Kontraban pada jam 6.45 pagi semalam ditepi Jalan Datuk Edward Jeli bertentangan Supermarket Ng Sian Hap Trading.
Hasil pemeriksaan lanjut, pemandu tersebut gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki/menyimpan/membawa barang kawalan tanpa permit/lesen/kebenaran khas dari pihak Kementerian Perdagang Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Miri (KPDN).
Kes disiasat Dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Turut dirampas van suspek angaran lebih kurang Rm 50,000, minyak diesel didalam tangki ubah suai 1,500 liter , Pam nilai Rm 1,600 (Rm 800 x 02 unit) dan tangki besi segiempat di ubah suai RM 1,200.
Semua barang rampasan dan tangkapan diserah kepada Pegawai Penyiasat KPDN Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.