Penghuni kuarters berjiran dengan sarang lebah
BETONG—Penghuni di sebuah bilik Kuarters Cempaka Putih di Balai Polis Betong menarik nafas lega selepas sarang lebah yang tinggal menumpang di sebelah bilik tidur kediaman dimusnahkan pasukan bomba pagi tadi.
Menurut Jurucakap Pasukan Alpha BBP Betong, sepasukan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan khidmat khas memusnahkan sarang lebah terbabit sejurus menerima panggilan pada jam 11.07 pagi tadi.
"Sampai di kediaman berkenaa, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat sarang lebah bersaiz sebiji bola sepak bersarang di tepi bilik tidur kediaman terbabit," jelasnya.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak membunuh lebah berkenan dengan menggunakan teknik semburan spray serangga yang mana operasi memusnahkannya mengambil masa sekitar 5 minit.
Mujurlah katanya lebah terbabit tidak menyerang atau menyelinap masuk ke dalam bilik tidur tebabit kerana jaraknya yang terlalu hampir.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi dan bertolak balik semula ke balai.