Pendaki Gunung Kinabalu terjatuh semasa turun ke Pintu Timpohon

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah

KUNDASANG, 26.2.2023: Seorang pendaki wanita berusia 44 tahun dilaporkan telah terjatuh di kilometer (KM) 5.7, Gunung Kinabalu selepas meninggalkan Laban Rata dan dalam perjalanan untuk turun ke Pintu Timpohon.

BBP Ranau menerima panggilan melalui talian terus ke balai pada jam 1.35 petang semalam tentang kejadian tersebut dan memohon bantuan untuk menurunkan mangsa sehingga ke Pintu Timpohon.

Pasukan MOSAR daripada balai tersebut seramai 7 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan. Turut serta dalam operasi tersebut adalah seorang pegawai Taman-Taman Sabah serta 5 orang malim gunung.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah

Menurut Komander Operasi, PBB Linus Godtol, mangsa yang merupakan warganegara Malaysia mengalami kecederaan terseliuh di bahagian kiri bahu dan mengadu sakit di bahagian kiri perut akibat daripada jatuhan tersebut.

Pasukan MOSAR bertindak memberikan perawatan awal kepada mangsa dan seterusnya membawa turun mangsa ke Pintu Timpohon dengan menggunakan 'robertson stretcher'.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Setelah selesai, operasi ditamatkan pada jam 5.00 petang.


Next Post Previous Post