Pasukan bina badan PDRM Sarawak pulang membawa kejayaan.
KUCHING - Kejayaan pasukan PDRM merangkul tempat ke-3 dalam Kejohanan Bina Badan ' Mr Police 2023 ' Piala Ketua Polis Negara 2023 yg bermula 09 Februari 2023 hingga 11 Februari 2023 di IPD Kota Kinabalu , Sabah menunjukan PDRM Sarawak memiliki pegawai serta anggota yang mampu mencoret nama di peringkat kebangsaan. Menurut CP Dato Mohd Azman B. Ahmad Sapri , Pesuruhjaya Polis Sarawak ini merupakan kali pertama PDRM Kontinjen Sarawak menyertai Kejohanan berprestij dan tertinggi di peringkat PDRM ini. Kontinjen Sarawak yang menghantar seramai 4 peserta bagi kejohanan Bina Badan Piala Ketua Polis Negara 2023 kali ini berjaya membawa balik 4 pingat emas dan 2 gangsa bagi kategori yg di sertai.
Antara nya ialah L/Kpl Mohd Faizal menjuarai kategori Athletic Physique Terbuka PDRM ( Below 170cm ) & Athletic Physique Tertutup PDRM ( Below 170cm ). Joseph Ladi berjaya membawa pulang kejuaraan dan 2 pingat emas kategori Bina Badan Terbuka PDRM ( Bawah 70KG ) dan kategori Bina Badan Tertutup PDRM ( 65KG ). Manakala pingat gangsa di perolihi oleh L/Kpl Muhd Firdaus dan L/Kpl Al Badrul masing masing untuk kategori Tertutup PDRM Athletic Physique Bawah 170cm & Atas 170cm.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat PDRM kontinjen Sarawak. Menurut CP Dato Mohd Azman B. Ahmad Sapri lagi, pasukan ini akan di kekalkan untuk menghadapi beberapa lagi siri pertandingan di peringkat negeri Sarawak , Mr Malaysia 2023 serta persiapan bagi pemilihan atlit bina badan PDRM untuk kejohanan Police Fire Games 2023 selain mencungkil bakat bakat baru untuk Kejohanan yang sama pada tahun hadapan.