Lelaki tersepit dan alami kecederaan, dua lori penghantar barang betembung
BINTANGOR: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas lori yang dipandunya yang sarat dengan muatan barang berlanggar dengan sebuah lagi lori turut sarat dengan muatan barang di Jalan Bintangor-Sarikei tengah hari tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Bintangor dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 12.53 tengah hari.
"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba sememangnya berlaku kemalangan yang melibatkan dua buah lori penghantaran barang," ujarnya.
Beliau berkata, sebuah lori telah terbalik menyebabkan seorang mangsa lelaki berusia 30 tahun dalam telah tersepit pada ruang pemandu hadapan dan mengalami kecederaan pada bahagian kaki," jelasnya.
Pasukan bomba katanya menggunakan peralatan khas Rescue Tool untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulan untuk tindakan seterusnya.
Setelah memastikan keadaan selamat, Anggota bersama jentera bertolak balik ke balai.