Lelaki cedera, pikap dipandu terjunam dalam parit

SIBU--Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan sangat lemah akibat kecederaan dialami selepas pikap dipandu kemalangan kendiri terjunam ke dalam parit di Jalan Wong King Hou di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.02 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

"Setiba pihak Bomba di lokasi kejadian mendapati sebuah pikap telah berada di dalam parit akibat kemalangan. 

"Keadaan mangsa berusia 48 tahun semasa dijumpai sangat lemah akibat kecederaan dialami," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak Bomba membuat size up dan mengeluarkan mangsa daripada kenderaan tersebut. 

"Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut, operasi tamat pada jam 3.06 pagi," ujarnya.
Next Post Previous Post