Kapak 'terbang', warga emas dikejarkan ke HospitaI
MIRI--Seorang lelaki warga emas cedera pada ibu jari kirinya selepas kapak yang digunakan semasa memotong pokok di kebun tiba-tiba terlepas.
Kejadian berlaku di Kampung Usaha Jaya Tukau sekitar jam 4 petang.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa berusia 65 tahun itu hanya bersendirian di kebunnya , menebang pokok.
Anak lelaki mangsa , berusia 30 tahun yang terdengar jeritan meminta tolong ayahnya telah segera menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM Miri)
Sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.09 petang, seramai 5 anggota APM Miri telah digerakkan ke lokasi.
Anggota APM Miri telah melakukan rawatan awal dengan mencuci darah di ibu jari mangsa serta membuat balutan untuk menghentikan pendarahan di ibu jari mangsa.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan selanjutnya