Dua warga emas, antara empat individu mengalami kecederaan dalam kemalangan kendiri
SARATOK: Dua warga emas lelaki dan wanita berusia 66 dan 68 tahun antara empat individu yang mengalami kecederaan selepas kenderaan jenis Nissan SUV hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam parit tepi jalan di Simpang Mudong Jalan Saratok- Sarikei pada jam 2.28 petang tadi.
Menurut Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Saratok bergerak ke lokasi sejurus menerima makluman berhubung kemalangan bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa.
"Bagaimanapun katanya, empat orang mangsa yang berada dalam kenderaan terbabit telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Ruan Saratok bersama seorang lagi anggota yang kebetulan lalu dikawasan tersebut.
Kesemua mangsa yang cedera telah diberi rawatan awal oleh Unit EMRS dan Pihak KKM dan seterusnya mangsa di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 3.31 petang.
Gambar PGO Sarawak