Dua kenderaan bertembung, tiga individu mengalami kecederaan

Gambar PGO Sarawak

KUCHING: Tiga individu termasuk dua remaja mengalami kecederaan dalam insiden kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di kawasan Demak Laut Industrial Park malam tadi.

Menurut Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Tabuan Jaya dengan bantuan BBP Petra Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima makluman berhubung insiden pada jam 11.40 malam.

"Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah kereta model Toyota Vios dan Proton Saga," ujarnya.

Gambar PGO Sarawak

Kemalangan yang berlaku itu katanya menyebabkan tiga individu termasuk seorang wanita berusia 33 tahun dan dua remaja berusia 15 dan 16 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dahi.

Kesemua mangsa jelasnya dihantar dengan menggunakan ambulans ke hospital bagi diberikan rawatan lanjut.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bomba bertolak balik ke balai pada jam 12.18 tengah mapam sekaligus menamatkan operasi menyelamat.


Next Post Previous Post