Bandaraya Miri perkenal sistem parkir digital
MIRI--Aplikasi digital kupon parkir kereta di Miri menerusi 'Borneo Park Miri' kini berwajah baru, dengan beberapa penambahbaikan yang lebih antap.
Versi baru sistem digital parkir pintar itu dilancarkan pada hari ini oleh Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang.
“Versi baru ini kini boleh digunakan di semua zon letak kereta Majlis Bandaraya Miri,"ujarnya semasa majlia pelancaran tersebut tadi.
Menurut Yii, aplikasi bahru ini direka untuk memudahkan pembayaran tempat letak kereta di kawasan bandar dan mesra pengguna.
Turut hadir semasa pelancaran ringkaa itu ialah Timbalannya Julaihi Muhamad dan Pemangku setiausaha Bandaraya Abdul Rahman Taupek.
Aplikasi ini menampilkan beberapa ciri baru yang tidak terdapat pada versi lama, selain memudahkan pengguna membayar tempat parkir kereta.
Di samping itu, aplikasi baru itu juga menawarkan beberapa pilihan seperti parkir secara musim, bagi membolehkan pemandu membayar untuk tempoh yang ditetapkan lebih awal, dan lebih penjimatan.
"Pelancaran aplikasi baru ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan Majlis Bandaraya Miri sebagai satu "Bandar Pintar" bertujuan untuk meningkatkan kehidupan penduduknya," ujar Yii.
Katanya, penerimaan pengguna kepada aplikasi parkir digital ini sejak ia mula diperkenalkan dua tahun lepas, orang ramai telah memberikan maklum balas yang positif.
"Dengan aplikasi 'Borneo Park Miri' yang baru yang menampilkan ciri-ciri lebih banyak dan dipertingkatkan, kami berharap lebih ramai pengguna akan menerima pakai pembayaran melalui sistem dalam talian," jelasnya.
Aplikasi Pembayaran Tempat Letak Kereta ini boleh didapati di Apple App Store dan Google Play.
‘Borneo Park Miri’ bermula secara percubaan pada 1 September tahun lalu.
Dalam tempoh ini sehingga kini, 7,570 pengguna telah memuat turun aplikasi baharu itu.
Yii berkata, pengguna yang masih mempunyai baki di dalam aplikasi versi lama masih boleh menggunakannya untuk versi baru ini.
Untuk maklumat lanjut atau maklum balas, boleh hubungi Borneo Parking System di info@borneoparking.com atau layari laman web www.borneoparking.com atau hubungi Majlis Bandaraya Miri di 085424600 atau melalui Whatsapp Miri Cares +60192144600.