Warga emas maut langgar kabel telekom


ASAJAYA--Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang melanggar tiang kabel telekom yang dilanggar sebuah lori.

Kejadian itu menyebabkan kabel telekom terbabit terlekat dan lori berkenaan mengheret kabel tersebut beberapa meter dari lokasi asal dan menyebabkan beberapa tiang tumbang di tengah jalan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3.15 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya ke lokasi kejadian.

"Salah satu tiang dipercayai telah dilanggar oleh penunggang motosikal dan mangsa Thian Joon Jee, 74, telah meninggal dunia di tempat kejadian. 

"Pasukan Bomba bertindak memotong kabel-kabel yang menghalang laluan kenderaan serta tiang-tiang telah dialihkan ke sisi jalan setelah mendapat kebenaran pegawai telekom yang berada dilokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,setelah selesai kerja-kerja pembersihan dan tiada lagi halangan dan kemerbahayaan kepada pengguna jalan pasukan Bomba berangkat balik ke balai.

Operasi ditamatkan pada jam 4.32 petang.
Next Post Previous Post