Tuai rumah jatuh sungai semasa menyeberangi Sungai Belawai, ditemui lemas di Nanga Tau Batang Rajang
Gambar BBP Kapit
KAPIT: Lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh semasa menyeberangi Nanga Belawai pada malam Khamis ditemui lemas oleh orang awam di Rumah Peter, Nanga Tau, Batang Rajang.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Timoty Barat, mayat mangsa ditemui pada jam 5.35 petang tadi sebelum pasukan BBP Kapit bergerak ke lokasi kejadian bagi mengambil mayat mangsa.
Sekitar jam 7.55 malam Khamis, mangsa yang dikenali sebagai Lugom Bengang, 73, dikatakan sedang menyeberangi Sungai Belawai sebelum dipercayai terjatuh ke dalam sungai lalu dihanyutkan arua deras sungai.
"Dengan penemuan mayat mangsa inu sekaligus menamatkan usaha mencari dan menyelamat di hari yang kedua ini," tambah beliau.