SAR masuk hari ke-4, mangsa hilang di Pasir Putih Kuala Suai masih belum ditemui


MIRI--Usaha mencari lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang di sekitar kawasan ladang kelapa sawit berhampiran kediamannya di Pasir Putih, Kuala Suai, sedang giat dilakukan pagi ini yang memasuki hari keempat (4 Januari).

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri ,Lt (PA) Mirwan Shah Masri, pasukan mencari dan menyelamat hari ini telah membuat pecahan dua lokasi berasingan, yang melibatkan anggota APM, polis, Bomba dari Balai Penyelamat Batu Niah, unit K9 PDRM Bintulu bersama seekor anjing pengesan bernama Bruno dan 20 orang kampung telah bergerak dalam persekitaran ladang sawit radius pencarian 4km.


Mangsa, dikenali sebagai Adna Sulong, 61, telah dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada hari pertama tahun baru.

Kehilangan mangsa disedari pada malam 1 Januari sekitar jam 11 malam.

Setakat jam 12 tengahari ini, mangsa belum ditemui dan misi mencari masih diteruskan.

Seramai 41 orang daripada berbagai agensi termasuk penduduk kampung hadir dalam operasi SAR tersebut.

Next Post Previous Post