Rumah panjang Selanjat terbakar, 36 keluarga tinggal sehelai sepinggang
BINTULU: 36 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang yang didiami mereka musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, sepasukan anggota BBP Bintulu digerakkan ke lokasi kebakaran sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.34 pagi.
Menurutnya, sampai di lokasi kebakaran, pasukan bomba memulakan kerja-kerja memadam kebakaran sehingga ianya dapat dikawal sepenuhnya dalam masa satu jam.
Mujurlah katanya kebakaran yang berlaku tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
"Setakat ini, pasukan bomba masih lagi melakukan kerja-kerja overhoul bagi mengawal kebakaran dan menggelakkan berlakunya kebakaran berulang," tambah beliau.
Turut difahamkan bahawa rumah panjang sama pernah terbakar pada tahun 2011.