Rumah Panjang Garit di Lidong Baru dinaiki air
Gambar PGO Sarawak |
BETONG: 96 penduduk dari 12 keluarga Rumah Panjang Garit di Lidong Baru terpaksa berpindah le tingkat atas selepas rumah panjang mereka dinaiki air pada jam 12.15 tengah malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung banjir pada jam 1.15 pagi tadi.
"Sejurus sampai di rumah panjang berkenaan, pasukan bomba mendapati rumah panjang berkenaan sudah dimasuki air sedalam sekitar 0.3 ke 0.4 meter.
Katanya, hasil temubual dengan penduduk rumah panjang mendapati air mulai naik serta memasuki rumah panjang selepas berlakunya hujan lebat di kawasan berkenaan sejak semalam.
Setakat ini katanya, belum terdapat sebarang operasi pemindahan dijalankan memandangkan penduduk berpindah ke tingkat atas rumah panjang.
"Setelah membuat pemantauan dan keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bomba bertolak balik semula ke balai," ujar beliau.
Pasukan bomba akan menjalankan pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan keselamatan penduduk dan akan membantu urusan perpindahan sekiranya perlu.