Polis siasat dakwaan barangan mangsa insiden Batang Kali diguna individu lain.
KUALA LUMPUR -- Polis menyiasat dakwaan satu hantaran di laman Facebook bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan barangan milik mangsa tragedi insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan popular di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.
Ketua
Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Suffian Abdullah berkata hantaran itu
dipercayai dimuat naik oleh seorang daripada ahli keluarga mangsa tragedi
yang berlaku pada 16 Dis lepas.
Beliau
berkata hantaran itu mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah
menggunakan kad Touch 'n Go milik mangsa.
“Hari
ini, polis telah menerima dua laporan berhubung insiden itu pada 2.47
petang.
"Satu
kertas telah dibuka bagi menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 379 Kanun
Keseksaan atas kesalahan mencuri," menurutnya dalam satu kenyataan.
Justeru,
Suffian menasihati masyarakat supaya bertenang dan tidak gusar dengan isu
yang tular itu.
Beliau
berkata ahli keluarga mangsa juga dinasihat supaya menghubungi polis
sekiranya mempunyai isu berkaitan kehilangan barangan milik mangsa.
Orang
ramai diminta agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat atau
menularkan berita palsu sebaliknya merujuk kepada polis atau pihak
berkuasa bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
"Orang
ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Ibu
Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-6064 1223," katanya lapor
Bernama.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.46 pagi itu telah
mengorbankan 31 nyawa dengan 12 daripadanya adalah kanak-kanak
dan seorang bayi lelaki berusia setahun.
Seramai
61 mangsa dilaporkan terselamat dalam insiden itu.