Nak ekzos bising, tiga pemuda ditahan ubah suai motosikal

DALAT-- Padah ubah suai ekzos, tiga pemuda bersama motosikal mereka ditahan Polis Dalat dalam Op Motosikal Ekzos Bising di sekitar Pekan Dalat di sini semalam. 
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dalat dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, operasi itu ini melibatkan seorang Pegawai Kanan Polis dan empat anggota lain-lain pangkat.
"Operasi ini dijalankan untuk memfokuskan motosikal yang menggunakan ekzos bising dan juga diubah suai yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
"Dalam operasi ini tiga motosikal telah diperiksa dan ditahan dalam operasi tersebut kerana kesalahan ubah suai ekzos," katanya. 
Tegasnya, ketiga-tiga penunggang dan motorsikal berkenaan telah dibawa ke IPD Dalat untuk diperiksa dan dikenakan tindakan saman. 
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Bunyi Bising Kenderaan Motor ) 1987 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal ) 2003. 

Selain itu, orang ramai juga perlu mematuhi peraturan jalan raya khususnya pemilik motosikal supaya tidak mengubahsuai ekzos yang mengeluarkan bunyi bising sehingga mengganggu ketenteraman awam.


Next Post Previous Post