Miri dilanda banjir kilat
MIRI--Beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Miri mula dinaiki air berikutan hujan lebat sejak jam 2 petang tadi.
Antara lokasi terlibat adalah kawasan lereng Bukit Jalan Miri-Pujut, Jalan Pos, kawasan wireless Walk dan Jalan Highway dari Boulevard menuju Ibu Pejabat Polis Daerah Miri (IPD).
Menerusi beberapa video dan gambar yang dikongsi di aplikasi WhatAssp memperlihatkan keadaan terjejas teruk di lokasi dilanda banjir kilat.
Turut kelihatan beberapa kenderaan terkandas dan ada juga individu memberhentikan kenderaan di bahu jalan berikutan paras air yang agak tinggi.