MASwings tawar tambang murah di Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baru Cina
Gambar hiasan |
KOTA KINABALU--Sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi, syarikat penerbangan MASwings menawarkan promosi tambang perayaan yang murah mulai dari sekarang hingga 31 Januari ini untuk perjalanan sehingga 28 Februari 2023.
Menurut kenyataan MASwings hari ini, promosi itu sah di semua laluan domestik yang pesawat ATR72-500 MASwings di laluan domestik Sabah dan Sarawak, kecuali Mukah.
Penumpang boleh menikmati tambang sehala bermula dari RM138 dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu, dan Bintulu ke Sibu; RM148 dari Sandakan ke Tawau, Kota Kinabalu ke Labuan, dan Miri ke Labuan, Bintulu dan Limbang; serta RM188 dari Miri ke Sibu dan Kota Kinabalu ke Lahad Datu dan Mulu.
Sementara itu, mereka yang membuat perjalanan dari Kuching ke Limbang dan Mulu akan menikmati tambang dari RM208.
Semua tiket MASwings pada perkhidmatan ATR termasuk 20 kilogram bagasi daftar masuk dan hidangan ringan sebagai sebahagian daripada ketekalan syarikat penerbangan itu dalam menawarkan yang terbaik dari hospitaliti Malaysia untuk memastikan keselesaan dan keselamatan semua penumpang sepanjang perjalanan mereka.
Tawaran terkini boleh didapati melalui laman web MASwings / Malaysia Airlines, pejabat tiket dan ejen pelancongan yang dilantik atau melalui Pusat Panggilan 24 jam di talian 1300 88 3000.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang destinasi, tambang dan jadual penerbangan serta menempah perjalanan boleh layari laman web MASwings www.maswings.com.my