Lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas



BELAGA: Seorang pekerja kilang warga Indonesia dikhuatiri lemas di sebuah sungai berhampiran tempatmya bekerja di sini, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini mengesahkan, mangsa yang dikhuatiri lemas itu dikenali sebagai  Basrol, 22.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga menerima panggilan berhubung insiden pada jam 3.40 petang semalam.

"Namun begitu, atas faktor lokasi kejadiann yang jauh, maka pasukan anggota BBP belaga bergerak ke lokasi kejadian yang mengambil masa 4 ke 5 jam perjalanan dengan menggunakan jalan balak bagi memulakan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa pada jam 9.27 pagi tadi, jelasnya.

Setakat ini, usaha SAR dijalankan di hari pertama ini  belum lagi menunjukkan sebarang petanda bahawa mangsa akan ditemui.

Usaha SAR akan diteruska awal pagi esok yang mana perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Gambar BBP Bintulu: Gambar lokasi mangsa dipercayai terjatuh lalu dibawa arus deras sungai

Next Post Previous Post