Kereta diparkir depan bangunan sebuah kilang di Tudan terbakar



MIRI--Sebuah kereta Perodua MyVi ditemui terbakar di hadapan sebuah bangunan kilang, berhampiran pasaraya E-Mart Tudan suboh tadi.
Dalam kejadian, kenderaan tersebut musnah 100 peratus.
Pemangku Bomba dan Penyelamat Zon Miri Ahmad Nizam Sapaiee, sepasukan anggota dari Balai Bomba Lutong bersama sebuah jentera telah digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 3.05 pagi tadi.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati api sedang marak di kenderaan terbabit dan tidak melibatkan mangsa.
"Api berjaya dipadamkan kira-kira 20 minit," ujarnya.

Pihak bomba turut bertindak melakukan pemeriksaan untuk mengelakkan punca api berulang sebelum anggota menamatkan operasi. 

Next Post Previous Post