Kehadiran pengembara ke negeri ini, beri kesan positif kepada pemulihan selepas fasa Covid-19
Bersama ahli Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) |
MIRI--Rumah terbuka Tahun Baru Cina 2023 Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin di Miri pada Isnin , dimeriahkan dengan kehadiran 10 pelajar luar negara dari Yuanpei University of Medical Technology ,Taiwan.
Pelajar terbabit antara ribuan pengunjung yang berkunjung ke acara rumah terbuka Datuk Sri Lee yang diadakan di Dewan Dato Permaisuri Permyjaya hari ini.
Menurut Lee, pelajar tersebut telah tiba di Miri pada 6 Januari lepas bagi menjalani latihan praktikal di Blisful Postnatal Care centre Miri dan Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa Miri (PIBAKIS).
Kesemua mereka dijadual akan berangkat pulang ke Taiwan pada 7 Februari depan.
"Bagi tempoh Disember 31 tahun lalu sehingga 18 Januari 2023, kita telah menambah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak sebanyak 31 dan ini sangat memberangsangkan kerana pengunjung yang datang mula menampakan tanda-tanda positif," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya hari ini.
Untuk laluan di sempadan Sarawak-Brunei Darussalam, Lee berkata jumlah kenderaan sehari merekodkan lebih daripada 2,000 memasuki negeri ini melalui Sungai Tujoh.
"Malah, pada hujung minggu, jumlah ini meningkat satu kali ganda ," katanya.