Henry Golding - anak Sarawak no 9 paling tampan di dunia?


KUCHING-- Artis kacukan Betong-Britain, Henry Golding disenaraikan sebagai lelaki nombor sembilan terkacak di dunia.

The Daily Mail melaporkan anak Sarawak yang berumur 35 tahun itu mendapat tempat kesembilan antara sepuluh selebriti yang disenaraikan oleh Doktor Kosmetik Julian De Silva.

Jelasnya, keputusan itu didapatkan dengan dua fakror iaitu mengambil kira "Ancient Greek's Golden Ratio" yang mengukur kesempurnaan fizikal dan dan juga sistem pemetaan berkomputer.

Henry Golding, terkenal dengan lakonannya dalam "Crazy Rich Asians" dan "Last Christmas" mempunyai akurasi sebanyak 87.98 peratus dengan "Golden Ratio" berdasarkan bentuk dagu dan matanya. 

Dengan keputusan itu, bintang anak-jati Sarawak tersebut mengalahkan pelakon Hollywood Dwayne "The Rock" Johnson yang berada di tempat ke-10.

Dalam senarai itu bintang Bridgerton Rege-Jean Page, 34, yang memperoleh 93.65 peratus, diikuti oleh Chris Hemsworth, 39, dan Michael B. Jordan, 35, yang masing-masing memperoleh 93.53 peratus dan 93.46 peratus.

Untuk pengetahuan, "The Golden Ratio," atau Nisbah Emas, berasal dari Zaman Renaissance Europe dan banyak digunakan oleh artis dan arkitek untuk mencipta karya agung mereka. 

Leonardo Da Vinci menggunakan nisbah tersebut untuk melukis manusia yang sempurna di dalam karyanya, "Vitruvian Man". 

Selain itu, Ahli sains di seluruh dunia telah menggunakan formula matematik tersebut untuk memutuskan fizikal yang sempurna seseorang. 

Sebelum ini, Golding mendapat tempat ke 84 dalam "TC Candler's Top 100 Most Handsome Faces of 2018". Dia juga dicalonkan di dalam senarai yang sama pada tahun 2019 dan 2020.
Next Post Previous Post