Gelagat 30 minit tiga ekor Burung Kenyalang di Bangunan SUPP cawangan Senadin Miri cuit hati
MIRI - Gelagat dan kehadiran tiga ekor burung kenyalang yang terbang berlegar di atas bangunan Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Senadin pada petang Rabu, bukan sahaja menarik perhatian orang awam yang kebetulan berada di situ, malah, Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin 李景胜 sendiri.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 2 petang semalam.
Menurut Lee, tiga ekor burung kenyalang itu dilihat bukan hanya terbang berlegar-legar di atas bangunan SUPP cawangan Senadin itu yang dicat dengan warna kuning terang, malah, hingap dan 'bersantai' selama 30 minit sebelum beredar.
"Kalau menurut kepercayaan masyarakat setempat, kehadiran burung kenyalang ke rumah , premis atau rumah panjang akan membawa keberuntungan," jelasnya.
Beberapa orang awam turut dilihat sangat teruja ketika mengambil gambar gelagat tiga ekor burung kenyalang tersebut.
Bagi masyarakat etnik Dayak di Sarawak, burung kenyalang dianggap burung suci dan dikatakan membawa tuah.
Menurut istilah saintifiknya, burung ini dikenali sebagai Buceros Rhinoceros.
Burung kenyalang manpu membesar sehingga 110cm ke 127 cm dan beratnya boleh mencecah sehigga 3 kg .